Assalamualaikum w.t.h & Salam
Sejahtera
Perkenalkan nama saya SARINA BINTI MOHD SIDEK. Ibu kepada seorang putera yang comel ADAM
HARITH SHAFIY. Isteri kepada suami tercinta dan yang sentiasa menyokong saya
AHMAD HAZMI YAZMIN. Saya juga merupakan seorang pengedar berdaftar produk
SHAKLEE dengan ID No. 969008. Menetap di KOTA KEMUNING dan menjadi pengedar
produk ini di kawasan KOTA KEMUNING,
JALAN KEBUN, BUKIT RIMAU, ALAM IMPIAN, SHAH ALAM, KLANG, SUBANG, KOTA
DAMANSARA, KUANTAN & di SELURUH MALAYSIA.
Sudilah kiranya anda meluangkan masa membaca penulisan mengenai
pengenalan saya hingga ke akhirnya.
Pertamanya, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya mula
mengenali produk SHAKLEE ini. Saya merupakan seorang yang agak tidak konsisten
menggunakan sesuatu produk atau apa-apa sekalipun. Mungkin saya dilahirkan
sebagai anak bongsu dan agak manja jadi semua berkara dilakukan mengikut hati
sendiri. Sehinggalah saya berkahwin pada November 2011. Meneruskan kehidupan
seperti biasa, bekerja, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan seorang anak
dan isteri yang bahagia. Sehinggalah
disahkan mengandung pada akhir December 2011, bunting pelamin katakan.
He.He.He. Di awal kehamilan, seperti ibu hamil yang lain, saya mengalami
simptom-simptom kehamilan yang agak teruk. Kemudian disahkan mempunyai kencing
manis yang agak tinggi sehingga dimasukkan ke wad pada usia kandungan berusia 8
bulan. Dan memulakan suntikan insulin sehingga tempoh kelahiran.
Genap usia kandungan 38 minggu saya harus mendaftar untuk kemasukan ke
bilik bersalin PPUM dan perlu melahirkan zuriat ini . Tidak dapat digambarkan
perasaan ketika itu, apatah lagi suami tidak boleh menemani. Selepas bertarung
selama 13 jam dibilik bersalin, ketika umat islam sedang sibuk membuat
persiapan bersahur, maka lahirlah seorang anak adam iaitu zuriat pertama kami
pada jam 4.15pagi. Tidak dapat dilupakan saat dan detik itu saya bertarung
nyawa untuk anak ini kerana mempunyai komplikasi ketika melahirkan. Harapan
ketika itu saya rasakan hanya ada 30% bayi saya akan hidup. Tiada tangisan dari
bayi dan saya ketika itu. Hanya mampu berdoa walaupun badan amat lemah. Hanya
mengingati ALLAH S.W.T dan memohon diberi kekuatan dan juga keajaiban
daripadaNYA. Selang 10 minit kemudian barulah terdengar tangisan bayi saya
menangis. Tiada ungkapan yang paling bermakna hanya dengan rasa syukur pada
ALLAH SWT walaupun saya belum berkesempatan untuk menatap anak saya lagi.
Kata misi yang menjaga, saya akan dipindahkan ke wad biasa. Ketika katil
saya sedia untuk ditolak ke wad biasa, ketika
itu saya terpandang suami di kaunter wad
bersalin dengan muka yang amat suram dan tiada sebarang ucapan terungkap.
Ketika itu perasaan saya menjadi gelisah memikirkan bayi kami. 2 jam kemudian
saya diberitahu oleh suami bahawa bayi kami mengalami masalah pernafasan dan
bahu kanan retak serta telah dimasukkan ke Paediatric Intensif Care Unit
(PICU), PPUM. Zuriat kami diberi nama
ADAM HARITH SHAFIY , semoga zuriat kami ini mempunyai sifat seindah namanya
yang menjadi ikutan, tauladan , kuat berusaha dan penyembuh yang suci.
Selama 6 hari Adam Harith Shafiy berada di PICU dan selama itu juga
saya hanya dapat melihat dan berdoa. Tidak dapat dibayangkan apabila melihat
bayi sendiri dipenuhi dengan wayar dan peralatan khas. Perasaan rindu untuk
memeluk zuriat sendiri semakin menebal tapi apakan daya. Adam perlu dirawat
sehingga benar-benar disahkan sihat dan selamat. Kata-kata semangat dari
keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan pihak hospital amat bermakna dan memberi
perangsang. Ketika tempoh itu juga, saya dibenarkan tinggal di hospital dan seterusnya
bermalam di hotel berdekatan supaya lebih dekat dengan Adam. Masuk hari ke
tujuh perkembangan Adam semakin baik dan Doktor meminta saya bersedia untuk
menyusukan Adam sekiranya dia dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa. Tetapi,
mungkin disebabkan tekanan dan saya juga tidak berpantang dengan betul, saya
tidak dapat menghasilkan susu dengan banyak. Setiap kali sesi pengepaman saya
menangis. Semangat dan tunjuk ajar dari
misi dan sokongan suami membuatkan saya
lebih yakin dan akhirnya saya dapat mengumpul susu untuk Adam walaupun tidak
banyak.
Alhamdulillah, Adam telah
dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa. Dan ketika itu jugalah baru saya dapat
memeluknya. Perasaan menyusukan Adam sendiri tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata. Bagaimanapun, Adam belum dibenarkan keluar kerana masalah kuning
yang tinggi dan disahkan mempunyai G6PD - (glucose-6-phosphate
dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah
manusia. Sedikit info mengenai G6PD. Enzim G6PD melindungi sel darah merah
daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim
ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan,
ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. Pada kebiasaanya, sebaik sahaja
bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim
G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras
sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah
merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap
penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi.
Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia
adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi
perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan
kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan
alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat,
kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil
mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya.
Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang
masalah yang lain.
Setelah merayu pada doktor untuk pulang ke rumah untuk
menyambut Hari Raya bersama keluarga dan Adam kelihatan semakin sihat kami
dibenarkan pulang dengan syarat setiap hari kami perlu membawa Adam untuk pemeriksaan
darah sehinggalah dia bebas dari bacaan Jaundis yang tinggi. Pada usia Adam 49
hari dia bebas dari Jaundis dan tidak perlu membuat pemeriksaan harian. Dan
pada ketika itu jugalah saya berazam untuk memberi segala yang terbaik dan
berkhasiat untuk Adam. Pada usia 6 bulan,Adam juga pernah dimasukkan ke
hospital kerana mempunyai Ekzema yang kronik dan memerlukan penjagaan yang rapi
, keadaan persekitaran yang sentiasa
bersih dan sangat sensitif kepada persekitaran.
Bermula dari situlah saya mula mencari produk yang selamat
dan terbaik untuk diri saya dan
sekaligus membantu tumbesaran Adam kerana saya menyusukan dia sendiri “Fully
Breasfeed’. Ketika itulah saya ternampak banyak blog yang mensyorkan produk
SHAKLEE dan saya mula mencubanya dengan set menyusu. Saya juga berharap vitamin
yang diambil dapat membantu masalah ekzema Adam. Alhamdulillah, susu saya
semakin banyak dan saya juga membuat power pumping ketika di tempat kerja.
Sokongan pihak majikan dan rakan-rakan ditempat kerja juga membuat saya semakin
bersemangat. Rutin harian bermula dengan berjaga malam, bekerja, menjadi ibu,
tanggungjawab seorang isteri saya sedikit pun tidak merasa penat. Dengan Izin
Allah, saya menjadi cergas dan pengambilan Vitamin Shaklee. Bantuan daripada
suami juga amat saya hargai.
Kekangan kerja dan sokongan daripada kawan-kawan untuk saya
sendiri menjadi pengedar SHAKLEE membuatkan hati saya terdetik untuk mencuba. Niat itu saya sampaikan kepada suami
dan suami menyokongnya. Suami saya juga memperkenalkan saya kepada isteri kawan
sekerjanya yang juga pengedar sah SHAKLEE yang Berjaya. Pada Julai 2013 saya
telah menjadi pengedar berdaftar SHAKLEE.
Apabila melihat melihat Adam dan masa yang saya ada untuknya
membuatkan hati terdetik untuk berhenti kerja. Tetapi apabila memikirkan banyak
yang perlu dibayar saya padamkan niat. Walaubagaimanapun, satu hari saya tekad
menyuarakan hasrat ingin berhenti kerja kepada suami. Pada awalnya suami
menolak, tetapi melihat kesungguhan dan keyakinan saya suami akhirnya
membenarkan. Selama 8 tahun saya berkhidmat di syarikat yang menjadi punca
rezeki, akhirnya saya lepaskan demi keluarga tersayang.
Pada awal Ogos bermulalah episod baru dalam hidup saya.
Alhamdulillah! Impian saya untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa sekaligus
menjadi pengedar sah SHAKLEE dirumah dan atas talian mohon dipermudahkan ALLAH
SWT. Walaupun saya agak pemalu dan masih belajar untuk berniaga tetapi saya
berharap dengan pengalaman yang saya tempuhi ini dapat membantu dan memberi
semangat kepada mereka yang lain. Niat saya adalah kerana ALLAH dan ingin
membantu. Kerana 9 daripada 10 punca rezeki adalah dengan berniaga. Insyaallah.
Kini saya bangga dan yakin menjadi Work At Home Mom (WAHM)
dan membina empayar di rumah sendiri SOHO (Small Office Home Office). Saya berdoa
semoga setiap urusan dan rezeki saya ada disini dan dipermudahkan oleh ALLAH
SWT. Ameen.
Kepada pembaca semua yang sudi membaca penulisan saya hingga
ke akhirnya. Terima kasih banyak-banyak dan teruskan menyokong kerjaya saya
ini.
Dan sekiranya anda berminat dengan peluang menjana
pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Insyaallah saya sedia
membantu dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar.
“.. dan
kehidupan adalah rentapan antara ketentuan dan kemahuan…”
Sekian. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment