Hola! MY ID

Hola! MY ID

Tuesday 31 December 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014!

Assalamualaikum w.t.h,

Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya... Maka permulaan tahun 2014 telah pun bermula.
Pelbagai suka, duka dan pengalaman telah ditempuhi pada tahun 2013. Semoga semua itu menjadi pengalaman dan pengajaran yang berguna. 

Perkara yang paling besar yang berlaku pada 2013 adalah ketika bapa tersayang Haji Mohd Sidek bin Jafar telah pergi mengadap Ilahi pada 26 Nov 2013. Semoga roh ayahanda tersayang dicucuri rahmat dan bersama orang-orang beriman. Anakmu ini akan sentiasa berdoa dan mengingatimu. Insyaallah. 

Tetapi, yang pastinya hidup mesti diteruskan. Masih ada orang-orang yang tersayang untuk dibahagiakan dan tanggungjawab harus dilaksanakan.

Semoga Tahun 2014 ini akan membawa lebih banyak kejayaan dan kenangan yang manis untuk masa hadapan. Dengan semangat yang baru, target yang perlu dicapai, tanggungjawab yang harus dipikul dengan seikhlas hati dan kesabaran untuk menempuhi semua ini.

Ya Allah, Semoga Engkau sentiasa bersamaku dalam susah & senangku.

~Yakinlah Rezeki itu Jaminan Allah~

CHAIYOK! CHAIYOK!

Love;