Hola! MY ID

Hola! MY ID

Wednesday, 28 May 2014

Tips Pindah Rumah

Assalamualaikum w.t.h

Entri kali ni aku nak bagi tips pulak lah.. Tips pindah rumah.. Al maklumlah aku baru je nak masuk bulan ke-empat duduk umah baru nih. Jadi, boleh la kongsi-kongsi apa yang patutkan.

Perpindah ke rumah baru selalunya menjadi satu pengalaman yang berbagai-bagai. Ada yang pahit, manis, suam-suam kuku dan macam-macam.. hehehe.. Masa tulah, semua nak dibuatnya.. kepala berserabut ~ nak mengemas, sediakan banyak kotak, mana nak asingkan barang-barang ikut jenis, simpanan barang berharga, barang kaca dan perhiasan. Tak cukup dengan tu, nak fikir proses mengangkat dan memindah barang pula. Kalau yang bekerja tu lagilah stress, mana nak fikir kerja kat pejabat yang bertimbun-timbun tu kan... Aisshhh.. Sabar ya kawan-kawan..

Walaupun aku ni suri rumah sepenuh masa tapi dengan adanya anak kecil ni agak susah untuk aku. Sebabnya kena ikut waktu si kecil ni. Bila dia tidur aku pun mulalah mengemas. Aku memang tak harapkan suami ataupun "packers" ataupun Logistics company yang aku dah deal tu. Sebabnya aku memang sangat cerewet.

Aku memang start dari awal, dalam sebulan sebelum nak pindah aku dah mula kemas sikit-sikit. Namun, semua tu tak jadi masalah dan memningkan kepala jika kita tahu caranya. Moh ikuti tips yang mungkin boleh membantu anda!



1. Mengemas
- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi
mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di
dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang
di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika
diangkat.
- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan
daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta
bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika
merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak
daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang
memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan
yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.
2. Asingkan barangan
- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti
barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian
untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti
perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika
dilakukan orang lain.
- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu
barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik
tidur.
3. Keselamatan perabot
- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus
dengan kain atau sarungkan dengan plastik.
Penting memahami perjanjian sewa kediaman
MUNGKIN sukar bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mendapat peluang menyewa kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman yang `cerewet’.
Syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.
Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta-benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.
Ada tuan rumah yang berasa seperti mengalami `mimpi ngeri’ gara-gara membenarkan penyewanya melakukan sesuka hati di dalam rumah. Akibatnya, terpaksalah menerima seadanya perilaku penyewa.
Ternyata, menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa yang pembersih, menjaga harta-benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.
Justeru, penting bagi penyewa rumah mengambil serius perjanjian sewa rumah dengan menyediakan surat hitam putih dengan butiran yang lengkap dan jelas untuk kesenangan mereka di kemudian hari.
Surat perjanjian sewa rumah itu bukan saja memberi manfaat kepada tuan rumah, malah boleh menyelamatkan kedudukan kewangan mereka di kemudian hari.
Untuk memastikan segalanya berjalan lancar antara penyewa dan tuan rumah, pastikan surat perjanjian sewa rumah dilampirkan sekali dengan dokumen dan borang seperti: -
1. Borang Laporan Kerosakan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa
Prosedur Menyewa Rumah
1. Duit deposit
Kebiasaannya pemilik rumah akan meminta sejumlah satu hingga 3 bulan deposit kadar sewa rumah. Kebiasaannya, wang pendahuluan itu digunakan untuk pelbagai keperluan seperti kos pembaikan rumah jika berlaku kerosakan ketika penyewa meninggalkan rumah dalam tempoh kontrak menyewa.
2. Notis berpindah
Penyewa perlu memberitahu pembatalan sewa kediaman kepada tuan rumah setidak-tidaknya sebulan atau dua bulan sebelum ingin keluar daripada rumah. Peraturan notis berpindah biasanya tertera dalam dokumen kontrak sewa.
3. Alamat
Penting untuk anda memaklumkan alamat kediaman baru sebagai alamat surat-menyurat rasmi.


Haaaa.. tulah antaranya tips untuk korang. Harap-harap ia dapat membantu. Alhamdulillah, tuan rumah aku tu memang amat berpuas hati waktu penyerahan kunci.. Siap puji-puji aku depan suami.. Cheewaahh... Aku memang bersihkan rumah tu kasik kilat punya sepertimana aku masuk rumah tu dulu. Itu memang perangai aku, kalau tak ada dalam perjanjian pun aku akan buat.. Tapi sedih rasa hati nak meninggalkan bandar Shah Alam yang aku dah menetap hampir 10 tahun.. Kini aku ditempat baru dan masih belajar untuk menyesuaikan diri.. 

Dalam masa yang sama, aku amalkan pengambilan suplemen SHAKLEE untuk kesihatan dan kecergasan supaya badan sentiasa kuat dan bertenaga. Barulah semua kerja menjadi. 

Ok. Bye...
Selamat Mengemas!



SID : SARINA MOHD SIDEK
ID : 969008
CTC : (6)019-4334571
LIKE FB : Wonderful ZaraZada by sarina.mohdsidek



1 comment:

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    ReplyDelete