Hola! MY ID

Hola! MY ID

Thursday 22 May 2014

Apa itu ~ Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)? : Cerita Adam Harith & G6PD Deficiency.

Assalamualaikum w.t.h,

Entri sebelum ni aku dah janji nak cerita dan bagi maklumat pasal G6PD ni kan.. Yelah, aku kenal dan ambik kisah pun sebab Adam Harith disahkan oleh doctor ada Kekurangan Enzim G6PD. Masa mula-mula doctor kat PPUM ni bagitau, memang aku tak paham pun.. blur jer.. Memang ape yang doctor tu explain masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Aku start serious bila Jaundis Adam Harith berterusan hingga hari ke 49 dia lahir.. Dalam masa tu tiap-tiap hari kena pegi klinik kesihatan buat ujian darah. Kesian Adam Harith.. Tengok kaki dia memang banyak kesan cucuk.. Rasanya sejarah keluarga macam tak ada, tapi bila aku siasat betul-betul rupanya ada.. Dan G6PD ni jugak dari keturunan...

Oklah, berbalik kepada topik kita hari ni. Aku nk kongsikan sedikit info mengenai ~ Masalah Kekurangan Enzim G6PD (G6PD Deficiency).


Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan G6PD ~(G6PD Deficiency)?

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi lebih dan sering dialami oleh bayi lelaki. Secara amnya, ditemui pada mereka yang mana ibubapa mereka berasal dari daerah yang pernah atau sering mengalami Malaria.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Pada kebiasaannya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Si antara ujian yang akan dibuatialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan banyi menghidap penyakit kuning (Jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi.

Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawtan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.


Apakah langkah-langkah pengawasan yang boleh diambil?

Sebagai ibu bapa kepada anak yang menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yang diambil oleh mereka. elakkan andan anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.

Anda perlu memastikan sebarang ubatan yang diambil haruslah mendapat kelususan dan kebenaran dari pakar perubatan. Sebaik-baiknya elak dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan memaklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak anda yang kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan rawatan dan ubatan. Juga, elakkan dari mengambil atau memberikan sebarang jamu, ubat tradisional atau ubat-ubat dari kedai senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapuan perut atau kepala boleh memudaratkan juga. Jadi jika boleh elakkannya.

Dari segi pemakanan pula, seharusnya dielakkan makanan-makanan seperti KACANG PARANG, makanan yang mempunyai PEWARNA TIRUAN methylene dan toluidine blue, KACANG SOYA atau PRODUK SOYA, semua jenis kacang atau produk kekacang dan MAKANAN BERPERISA MENTHOL. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil ALFALFA kerana ia tinggi dengan kandungan VITAMIN 'K'. 




Berikut adalah senarai ubat-ubatan serta makanan yang tidak boleh diambil atau lebih baik dielakkan oleh pengidap masalah kekurangan enzim G6PD ini :

Ubat untuk Merawat Malaria:-

·                     Choroquine
·                     Hydroxycloroquine
·                     Primarquine
·                     Pamaquine
·                     Quinine





Contoh Aspirin -- Antara ubatan yg perlu dielakkan
·                     Mepacrine (Quinacrine)



Ubat Penahan Sakit:-

·                     Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
·                     Phenacetin (Acetophenetidin)
·                     Aminopyrine (Amidopyrine)


Ubat Antibiotik:-

·                     Chloramphenicol
·                     Cotrimoxazole (Bactrim)
·                     Furazolidine
·                     Nalidixic Acid
·                     Nitrofurantoin
·                     Nitrofurazone
·                     Para-Aminosalicy Acid
·                     Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
·                     Sulfapyridine
·                     Sulfasalazine



Lain-lain:-

·                     Fava Bean (jenis kacang parang)
·                     Naphtalene (Ubat Gegat)
·                     Ubat tradisional
·                     Parabenecid
·                     Dimercaprol
·                     Dapsone
·                     Procainamide
·                     Para-Aminobenzoic Acid
·                     Silver Sulphadiazine Cream
·                     Methylene Blue



Apakah pula tanda-tanda sekiranya termakan/ terambil makanan dan ubatan yang terlarang/ tidak sesuai?

Ibu bapa semua perlu PEKA dan SEGERA BAWA ANAK KE HOSPITAL sekiranya terdapat TANDA-TANDA berikut pada anak anda:

·                     Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
·                     Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
·                     Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
·                     Letih / lesu dan tidak bermaya
·                     Demam



Okey, begitulah sedikit penerangan mengenai Kekurangan Enzim G6PD ni dan pengalaman aku membesarkan Adam Harith. Memang memerlukan kesabaran , kekuatan dan sokongan keluarga. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi sepenuh perhatian kepada Adam Harith dan rumahtangga. Aku jugak banyak bertanya kepada doktor setiap kali membawa Adam untuk rawatan. Bukan tu aje, aku belajar dari pengalaman makcik-makcik atau sesiapa jelah yang pernah alaminya ni.

Satu perkara yang perlu kita tau dan bersedia, anak-anak ini akan sentiasa tak sihat, demam, selesema.. mudah mendapat jangkitan orang sekeliling. Boleh dikatakan setiap bulan. Kerana antibodi mereka ni belum kuat menerima dan melawan penyakit tu. Penjagaan pemakanan, barang peribadi seperti mandian, ubat-ubatan, tempat tidur dan persekitaran pun perlu diambil kira. Aku bukanlah cerewet sangat, tapi sejak Adam lahir dengan Kekurangan Enzim G6PD ni aku memang amat berhati-hati.

Jadinya, untuk menjaga mereka ni, kita perlulah sihat. Tulah sebabnya aku amalkan pengambilan suplemen dan menjadi Pengedar Sah Shaklee jugak. Masa yang ada dirumah aku gunakan dengan berniaga secara online melalui pengalaman aku. Tak salah berkongsi kan. Alhamdulillah ia sangat membantu.

Tapi perlu DIINGATKAN & DIBERI PERHATIAN, Ibu menyusukan bayi (seperti aku ni) yang mempunyai anak yang Kekurangan Enzim G6PD ni TIDAK BOLEH mengambil ALFALFA ya. Nak-nak pulak lagi sebarang jamu lah.. Jadi, alternatifnya boleh la mengambil ESP +OSTEMATRIX.

Jadi, saya minta kepada semua jika boleh sebelum nak mendapatkan sebarang produk Shaklee terutamanya daripada saya, mohon maklumkan terlebih dahulu jika anda ada menghidapi sebarang penyakit yang perlu dipantau oleh pakar perubatan. Dan jika ada sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi saya ya!





SID : SARINA MOHD SIDEK
ID : 969008
CTC : (6)019-4334571
LIKE FB : Wonderful ZaraZada by sarina.mohdsidek




No comments:

Post a Comment