Hola! MY ID

Hola! MY ID

Wednesday 28 May 2014

Tips Pindah Rumah

Assalamualaikum w.t.h

Entri kali ni aku nak bagi tips pulak lah.. Tips pindah rumah.. Al maklumlah aku baru je nak masuk bulan ke-empat duduk umah baru nih. Jadi, boleh la kongsi-kongsi apa yang patutkan.

Perpindah ke rumah baru selalunya menjadi satu pengalaman yang berbagai-bagai. Ada yang pahit, manis, suam-suam kuku dan macam-macam.. hehehe.. Masa tulah, semua nak dibuatnya.. kepala berserabut ~ nak mengemas, sediakan banyak kotak, mana nak asingkan barang-barang ikut jenis, simpanan barang berharga, barang kaca dan perhiasan. Tak cukup dengan tu, nak fikir proses mengangkat dan memindah barang pula. Kalau yang bekerja tu lagilah stress, mana nak fikir kerja kat pejabat yang bertimbun-timbun tu kan... Aisshhh.. Sabar ya kawan-kawan..

Walaupun aku ni suri rumah sepenuh masa tapi dengan adanya anak kecil ni agak susah untuk aku. Sebabnya kena ikut waktu si kecil ni. Bila dia tidur aku pun mulalah mengemas. Aku memang tak harapkan suami ataupun "packers" ataupun Logistics company yang aku dah deal tu. Sebabnya aku memang sangat cerewet.

Aku memang start dari awal, dalam sebulan sebelum nak pindah aku dah mula kemas sikit-sikit. Namun, semua tu tak jadi masalah dan memningkan kepala jika kita tahu caranya. Moh ikuti tips yang mungkin boleh membantu anda!



1. Mengemas
- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi
mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di
dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang
di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika
diangkat.
- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan
daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta
bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika
merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak
daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang
memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan
yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.
2. Asingkan barangan
- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti
barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian
untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti
perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika
dilakukan orang lain.
- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu
barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik
tidur.
3. Keselamatan perabot
- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus
dengan kain atau sarungkan dengan plastik.
Penting memahami perjanjian sewa kediaman
MUNGKIN sukar bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mendapat peluang menyewa kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman yang `cerewet’.
Syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.
Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta-benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.
Ada tuan rumah yang berasa seperti mengalami `mimpi ngeri’ gara-gara membenarkan penyewanya melakukan sesuka hati di dalam rumah. Akibatnya, terpaksalah menerima seadanya perilaku penyewa.
Ternyata, menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa yang pembersih, menjaga harta-benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.
Justeru, penting bagi penyewa rumah mengambil serius perjanjian sewa rumah dengan menyediakan surat hitam putih dengan butiran yang lengkap dan jelas untuk kesenangan mereka di kemudian hari.
Surat perjanjian sewa rumah itu bukan saja memberi manfaat kepada tuan rumah, malah boleh menyelamatkan kedudukan kewangan mereka di kemudian hari.
Untuk memastikan segalanya berjalan lancar antara penyewa dan tuan rumah, pastikan surat perjanjian sewa rumah dilampirkan sekali dengan dokumen dan borang seperti: -
1. Borang Laporan Kerosakan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa
Prosedur Menyewa Rumah
1. Duit deposit
Kebiasaannya pemilik rumah akan meminta sejumlah satu hingga 3 bulan deposit kadar sewa rumah. Kebiasaannya, wang pendahuluan itu digunakan untuk pelbagai keperluan seperti kos pembaikan rumah jika berlaku kerosakan ketika penyewa meninggalkan rumah dalam tempoh kontrak menyewa.
2. Notis berpindah
Penyewa perlu memberitahu pembatalan sewa kediaman kepada tuan rumah setidak-tidaknya sebulan atau dua bulan sebelum ingin keluar daripada rumah. Peraturan notis berpindah biasanya tertera dalam dokumen kontrak sewa.
3. Alamat
Penting untuk anda memaklumkan alamat kediaman baru sebagai alamat surat-menyurat rasmi.


Haaaa.. tulah antaranya tips untuk korang. Harap-harap ia dapat membantu. Alhamdulillah, tuan rumah aku tu memang amat berpuas hati waktu penyerahan kunci.. Siap puji-puji aku depan suami.. Cheewaahh... Aku memang bersihkan rumah tu kasik kilat punya sepertimana aku masuk rumah tu dulu. Itu memang perangai aku, kalau tak ada dalam perjanjian pun aku akan buat.. Tapi sedih rasa hati nak meninggalkan bandar Shah Alam yang aku dah menetap hampir 10 tahun.. Kini aku ditempat baru dan masih belajar untuk menyesuaikan diri.. 

Dalam masa yang sama, aku amalkan pengambilan suplemen SHAKLEE untuk kesihatan dan kecergasan supaya badan sentiasa kuat dan bertenaga. Barulah semua kerja menjadi. 

Ok. Bye...
Selamat Mengemas!



SID : SARINA MOHD SIDEK
ID : 969008
CTC : (6)019-4334571
LIKE FB : Wonderful ZaraZada by sarina.mohdsidek



Sunday 25 May 2014

Resepi Bubur Cha Cha ~ Minum Petang Keluargaku...

Assalamualaikum...

Minggu lepas dua kali aku buat bubur cha-cha ni. Sebabnya anak aku AdamHarith tu suka sangat makan.. Memang berselera dia. Mungkin sebab warna-warni tu kot.. Tapi aku rindu bubur cha-cha yang mak selalu buat masa aku kecik-kecik dulu. Warna putih je, buatan mak aku sendiri. Kalau tak silap bubur cha-cha tepung beras kot... Hhhmmmm masakan mak memang semua terbaik la.. 

Aku akan masak menggunakan barang  yang ada kat dapur. Sebabnya aku ni kekadang tak plan.. bila terfikir je terus aku jadi Master Chef kat dapur,, Dah la tu masak macam nak pegi perang. Kena tengok line clear dulu sebabnya AdamHarith memang suka tolong aku kat dapur. Jadinya bila dia tidur aku gunakan masa tu untuk buat semua kerja.. huhuhu.. berpeluh den..

Ok jom kongsi resepi!

BUBUR CHA-CHA my kitchen

Bahan-Bahan:

3/4 Cha Cha (yang warna warni tu)
2 Cawan Santan 
Sedikit Gula Melaka
Secubit Garam
Jagung (direbus)
Barli (direbus)
Daun pandan

Cara membuatnya :=


  • Masukkan Cha-cha ke dalam air mendidih dan rebus sehingga kembang. Setelah masak tapis dan asingkan.


  • Jagung dan barli yang telah direbus dimasak sedikit bersama air kosong dan dicampur dengan bubur cha-cha


  • Kemudian masukkan santan, gula melaka dan secubit garam.
  • Masukkan daun pandan untuk bau yang wangi
  • Kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan




Taraaaaa... haaa dah siap pun.. kan senang kejap je.. tapi kalau boleh rebus awal-awal ape yang nak direbus.. petang tu boleh je terus masak  dan makan panas-panas. Tapi aku suka  makan sejuk letak dalam peti ais dulu.. tapi terpulang la pada selera korang.

Yang dalam mangkuk kecik tu aku dah siap-siap asingkan untuk AdamHarith. Sebab umur dia baru 1tahun 9bulan aku memang tak bagi dia makan benda-benda bersantan lagi. Letak gula melaka secubit je. 

CADANGAN : Lagi satu, bubur cha-cha ni  korang boleh campur dengan ape saje yang korang suka.. resepi yang aku bagi tu ikut barang yang ada kat rumah.. korang boleh campur dengan keledek (potong kiub), sagu dan macam-macam la.. santan boleh tukar dengan susu / susu cair ke.. korang mesti lagi kreatif dari aku kan..

Ok, Selamat Mencuba!


Nota Kaki** Psssstt, kalau korang takut sangat nak makan sebab kandungan lemak ngan kolestrol yg ada tu.. korang amalkan la pengambilan suplemen Shaklee.. Telan la Lecithin ke.. Omega Guard ke.. Paling best amik set kurus Shaklee.. Selesai masalah.. 




SID : SARINA MOHD SIDEK
ID : 969008
CTC : (6)019-4334571
LIKE FB : Wonderful ZaraZada by sarina.mohdsidek

Thursday 22 May 2014

OMEGA GUARD Shaklee ~ Minyak Ikan Terbaik!

Assalamualaikum.

Anda masih tercari-cari jenama atau minyak ikan terbaik? Ada bermacam-macam jenis "fish oil" dan jenama di pasaran sekarang ni. Aku pun sebelum ni dah cuba macam-macam tapi sekarang hanya kekal dengan OMEGA GUARD dari SHAKLEE ni aje... Dan ia adalah Minyak Ikan TERBAIK di dunia!




Kenapa aku cakap macam tu? Moh aku cerita...


KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

MELINDUNGI JANTUNG

  • Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang  berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.


MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

  • Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukanlah muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti DHA dan EPA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
ULTRATULEN dan BERGRED FARMASEUTIKAL
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di kebanyakan jenis ikan.
MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA
  • Mengandungi satu rangkaian penuh & JENIS ASID LEMAK OMEGA-3 SEMULAJADI iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

PERBEZAAN OMEGA GUARD SHAKLEE berbanding minyak ikan lain.

  • OMEGA GUARD SHAKLEE diekstrak daripada ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ianya bukan daripada minyak hati ikan. Omega Guard Shaklee juga tidak diekstrak daripada ikan ternak yang diberi makanan pelllet sepanjang hidupnya. Ikan ternak ini mempunyai kadar asid lemak Omega-3 yang rendah serta kurang atau tiada nutrien lain.
  • Berbanding dengan produk "fish oil" di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian berkaitan menunjukkan Omega GUard mampu membekalkan 905ml asid lemak Omega-3, EPA dan DHA.
  • Kebanyakkan pengeluar produk minyak ikan yang lain menggunakan kaedah penyulingan bertekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan sahaja boleh memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
  • Omega Guard Shaklee diekstrak menggunakan kaedah penyulingan ultratulen bergred farmaseutikal teknologi tinggi. Proses penghasilan Omega Guard Shaklee menggunakan kaedah penyulingan propietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi sambil menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychlorinated byphenyl (PCB) iaitu bahan kimia industri yang sangat toksik.


SIMPTOM KEKURANGAN 
  1. Merencatkan perkembangan otak
  2. Mengganggu kesihatan jantung
  3. Menhadapi masalah kulit seperti kulit kasar, kusam, liang roma tersumbat dan berjerawat.
  4. Mudah mendapat alahan kepada habuk, makanan dan ubat-ubatan.
  5. Mudah menghadapi masalah kenaikan berat badan
  6. Masalah sakit sendi
  7. Risiko anak Autisme
  8. Ingatan menjadi lemah
:: Jadi semoga kita dapat hindarkan dari semua penyakit ni dan banyak lagi.. bersedia awal sebelum terlambat .. tak rugi pun kan..... ::

SUMBER MAKANAN daripada minyak ikan antaranya:-

  1. Minyak Zaitun
  2. Ikan Salmon
  3. Minyak Ikan Cod
  4. Telur
  5. Bayam
  6. MInyak Conola
  7. Ikan Tuna dan banyak lagi
:: Tapi kalau korang tak suka nak makan ni semua kan senang telan je Omega Guard Shaklee ni, habis cerita.. hehehehhe... ::


FUNGSI OMEGA GUARD SHAKLEE
Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi
Tugas DHA
  • Mencegah Asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah penyakit kulit
  • Mengelakkan kanser payudara
  • Mengelakkan kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain dan rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


SIAPA YANG PERLUKAN
1.   Warga Emas
2.  Pesakit Jantung
3.  Setiap Wanita
4.  Wanita yang telah melahirkan anak
5.  Pesakit darah tinggi
6.  Orang yang selalu atau mudah lupa
7.  Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8.  Pelajar
9.  Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


DOS PENGAMBILAN
::Saranan pengambilan selepas sarapan dan makan malam.
1.       1 biji untuk kesihatan normal
2.       2 biji untuk ibu hamil ~ disarankan ambil pada trimester kedua & ketiga
3.       3 biji bagi mereka yang ingin kuruskan badan


Jadi jika anda berminat sudi-sudikanlah hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat, cara pengambilan, pembelian dan menjadi ahli Shaklee bersama saya.

Terima kasih!


SID : SARINA MOHD SIDEK
ID : 969008
CTC : (6)019-4334571
LIKE FB : Wonderful ZaraZada by sarina.mohdsidek

Apa itu ~ Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)? : Cerita Adam Harith & G6PD Deficiency.

Assalamualaikum w.t.h,

Entri sebelum ni aku dah janji nak cerita dan bagi maklumat pasal G6PD ni kan.. Yelah, aku kenal dan ambik kisah pun sebab Adam Harith disahkan oleh doctor ada Kekurangan Enzim G6PD. Masa mula-mula doctor kat PPUM ni bagitau, memang aku tak paham pun.. blur jer.. Memang ape yang doctor tu explain masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Aku start serious bila Jaundis Adam Harith berterusan hingga hari ke 49 dia lahir.. Dalam masa tu tiap-tiap hari kena pegi klinik kesihatan buat ujian darah. Kesian Adam Harith.. Tengok kaki dia memang banyak kesan cucuk.. Rasanya sejarah keluarga macam tak ada, tapi bila aku siasat betul-betul rupanya ada.. Dan G6PD ni jugak dari keturunan...

Oklah, berbalik kepada topik kita hari ni. Aku nk kongsikan sedikit info mengenai ~ Masalah Kekurangan Enzim G6PD (G6PD Deficiency).


Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan G6PD ~(G6PD Deficiency)?

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi lebih dan sering dialami oleh bayi lelaki. Secara amnya, ditemui pada mereka yang mana ibubapa mereka berasal dari daerah yang pernah atau sering mengalami Malaria.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Pada kebiasaannya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Si antara ujian yang akan dibuatialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan banyi menghidap penyakit kuning (Jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi.

Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawtan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.


Apakah langkah-langkah pengawasan yang boleh diambil?

Sebagai ibu bapa kepada anak yang menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yang diambil oleh mereka. elakkan andan anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.

Anda perlu memastikan sebarang ubatan yang diambil haruslah mendapat kelususan dan kebenaran dari pakar perubatan. Sebaik-baiknya elak dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan memaklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak anda yang kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan rawatan dan ubatan. Juga, elakkan dari mengambil atau memberikan sebarang jamu, ubat tradisional atau ubat-ubat dari kedai senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapuan perut atau kepala boleh memudaratkan juga. Jadi jika boleh elakkannya.

Dari segi pemakanan pula, seharusnya dielakkan makanan-makanan seperti KACANG PARANG, makanan yang mempunyai PEWARNA TIRUAN methylene dan toluidine blue, KACANG SOYA atau PRODUK SOYA, semua jenis kacang atau produk kekacang dan MAKANAN BERPERISA MENTHOL. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil ALFALFA kerana ia tinggi dengan kandungan VITAMIN 'K'. 




Berikut adalah senarai ubat-ubatan serta makanan yang tidak boleh diambil atau lebih baik dielakkan oleh pengidap masalah kekurangan enzim G6PD ini :

Ubat untuk Merawat Malaria:-

·                     Choroquine
·                     Hydroxycloroquine
·                     Primarquine
·                     Pamaquine
·                     Quinine





Contoh Aspirin -- Antara ubatan yg perlu dielakkan
·                     Mepacrine (Quinacrine)



Ubat Penahan Sakit:-

·                     Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
·                     Phenacetin (Acetophenetidin)
·                     Aminopyrine (Amidopyrine)


Ubat Antibiotik:-

·                     Chloramphenicol
·                     Cotrimoxazole (Bactrim)
·                     Furazolidine
·                     Nalidixic Acid
·                     Nitrofurantoin
·                     Nitrofurazone
·                     Para-Aminosalicy Acid
·                     Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
·                     Sulfapyridine
·                     Sulfasalazine



Lain-lain:-

·                     Fava Bean (jenis kacang parang)
·                     Naphtalene (Ubat Gegat)
·                     Ubat tradisional
·                     Parabenecid
·                     Dimercaprol
·                     Dapsone
·                     Procainamide
·                     Para-Aminobenzoic Acid
·                     Silver Sulphadiazine Cream
·                     Methylene Blue



Apakah pula tanda-tanda sekiranya termakan/ terambil makanan dan ubatan yang terlarang/ tidak sesuai?

Ibu bapa semua perlu PEKA dan SEGERA BAWA ANAK KE HOSPITAL sekiranya terdapat TANDA-TANDA berikut pada anak anda:

·                     Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
·                     Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
·                     Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
·                     Letih / lesu dan tidak bermaya
·                     Demam



Okey, begitulah sedikit penerangan mengenai Kekurangan Enzim G6PD ni dan pengalaman aku membesarkan Adam Harith. Memang memerlukan kesabaran , kekuatan dan sokongan keluarga. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi sepenuh perhatian kepada Adam Harith dan rumahtangga. Aku jugak banyak bertanya kepada doktor setiap kali membawa Adam untuk rawatan. Bukan tu aje, aku belajar dari pengalaman makcik-makcik atau sesiapa jelah yang pernah alaminya ni.

Satu perkara yang perlu kita tau dan bersedia, anak-anak ini akan sentiasa tak sihat, demam, selesema.. mudah mendapat jangkitan orang sekeliling. Boleh dikatakan setiap bulan. Kerana antibodi mereka ni belum kuat menerima dan melawan penyakit tu. Penjagaan pemakanan, barang peribadi seperti mandian, ubat-ubatan, tempat tidur dan persekitaran pun perlu diambil kira. Aku bukanlah cerewet sangat, tapi sejak Adam lahir dengan Kekurangan Enzim G6PD ni aku memang amat berhati-hati.

Jadinya, untuk menjaga mereka ni, kita perlulah sihat. Tulah sebabnya aku amalkan pengambilan suplemen dan menjadi Pengedar Sah Shaklee jugak. Masa yang ada dirumah aku gunakan dengan berniaga secara online melalui pengalaman aku. Tak salah berkongsi kan. Alhamdulillah ia sangat membantu.

Tapi perlu DIINGATKAN & DIBERI PERHATIAN, Ibu menyusukan bayi (seperti aku ni) yang mempunyai anak yang Kekurangan Enzim G6PD ni TIDAK BOLEH mengambil ALFALFA ya. Nak-nak pulak lagi sebarang jamu lah.. Jadi, alternatifnya boleh la mengambil ESP +OSTEMATRIX.

Jadi, saya minta kepada semua jika boleh sebelum nak mendapatkan sebarang produk Shaklee terutamanya daripada saya, mohon maklumkan terlebih dahulu jika anda ada menghidapi sebarang penyakit yang perlu dipantau oleh pakar perubatan. Dan jika ada sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi saya ya!





SID : SARINA MOHD SIDEK
ID : 969008
CTC : (6)019-4334571
LIKE FB : Wonderful ZaraZada by sarina.mohdsidek




Tuesday 20 May 2014

Saya jual SWEET CRUNCHY POPIAH!! Ada jugak terselit Resepi SHAKLEE..

Alhamdulillah...

Selesai jugak tempahan untuk minggu lepas.. Kali ni aku  dapat tempahan untuk kenduri arwah..So, dah alang -alang aku mulakan.. maka tahun ni aku buka jualan awal la.. Macam tahun lepas aku bekerja jadinya jual masa bulan puasa aje untuk tempahan raya... Tahun ni aku dah jadi usahawan dirumah boleh la amik tempahan awal.. Kalau korang tak ada idea, meh aku bagi idea.. Popiah ni sesuai untuk bagi pada ape-ape majlis pun.. Untuk jadikan 'Door Gift' boleh.. kenduri kawin boleh.. Aqiqah.. Majlis harijadi atau ape-ape acara jelah pendek ceritanya.. Yang paling aku suka untuk kudap-kudap nak makan sambil mengadap citer Korea tu kan... Memang tak sedar habis sebalang.. Rasanya pun sweet~sweet gitu.. aku xlah buat manis sangat.. kang ramai plak dapat penyakit nanti.. Manis majer gitu.. :)

Haaa.. ni dia tempahan yang aku dh siapkan minggu lepas.. Sweet tak? :)




Dah namanya 'Shaklee Independent Distributor' memang peminat tegar Shaklee la kan.. Sampai aku makan popiah  ni pun letak ESP Soy.. Jangan korang ingat ESP tu untuk minum je.. haaaa ni dia resepi baru aku nak bagi.. Kalau untuk makan sendiri aku memang salut dengan ESP je.. jadilah dia mcm popiah biasa tu... rasa pun Emmmuaaahhh.. Yummy..Yummy lemak gitu.. sape yang suka ESP dia akan tau la.. Korang nak? Meh order ngan aku.. Weeeeee..


Haaaa.. Ni dia Popiah yang aku jual dan contoh packaging nyer & harga..


Taraaaaaa.......









Haaaaa... ok tak? Jangan tengok aje.. silalah order.. cuba dulu, pasti nak lagi.. :)


Aku jugak dah mula amik tempahan untuk orang perseorangan, company event, untuk raya, belian secara borong dan pada sesape nak beli kilo pun boleh jadinya korang buat la "packing sendiri" suka macam mana pun asalkan kualiti dan rasanya dijaga ya! Yang penting kebersihan ketika membuat tu tau! Sebabnya aku memang masak dan buat sendiri dari dapur rumah aku ni... jadinya kalau korang berminat bagitau & contact aku cepat-cepat ya! Senang aku nak plan kerja.. Lagi bagus kalau ada sesape yang sudi nak letak kat kedai sendiri.. lagi dialu-alukan... Tima Kacih... :)

Sudi-sudikan lah hubungi saya untuk tempahan ya...




Ryn ~ Sarina Mohd Sidek
(6) 019-4334571