Hola! MY ID

Hola! MY ID

Thursday, 17 October 2013

DISCLAIMER!





v  Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
v  Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor atau pakar pemakanan  mahupun dianggap sebagai preskipsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor berkaitan untuk diagnosis dan rawatan susulan.
v  Memandangkan saya ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa kisah yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan.
v  Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Kisah yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan untuk diagnos atau rawatan penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan. Maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunakan vitamin dan mineral untuk menjauhi sebarang ketidak-cukupkan vitamin dan mineral dalam badan. Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/ laman web ini.
v  Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor dan pakar nutrisi/pemakanan anda.


“.. dan kehidupan adalah rentapan antara ketentuan dan kemahuan…”

Thanks for all your love and support. :-)
Regards,


♥ Wonderful  ZaraZada♥



CONTACT US!


HUBUNGI KAMI MELALUI:

SMS @    Whatsapp =  (6) 011 3996 8370

                                              


Wonderful ZaraZada by sarina mohdsidek









  sarina.mohdsidek@gmail.com









IBU PEJABAT SHAKLEE MALAYSIA

Shaklee Product (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang, SS16/01
47500 Subang Jaya, SELANGOR
TEL    : 603-5622 3188
FAX    : 603-5622 3199
EMAIL : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan
Isnin ~ Sabtu : 10:00pagi hingga 7:00malam 



Semoga maklumat ini dapat membantu anda!





THANK YOU!!

My Story

Assalamualaikum w.t.h & Salam Sejahtera

Perkenalkan nama saya SARINA BINTI MOHD SIDEK.  Ibu kepada seorang putera yang comel ADAM HARITH SHAFIY. Isteri kepada suami tercinta dan yang sentiasa menyokong saya AHMAD HAZMI YAZMIN.  Saya juga  merupakan seorang pengedar berdaftar produk SHAKLEE dengan ID No. 969008. Menetap di KOTA KEMUNING dan menjadi pengedar produk ini di  kawasan KOTA KEMUNING, JALAN KEBUN, BUKIT RIMAU, ALAM IMPIAN, SHAH ALAM, KLANG, SUBANG, KOTA DAMANSARA, KUANTAN & di SELURUH MALAYSIA.

Sudilah kiranya anda meluangkan masa membaca penulisan mengenai pengenalan saya hingga ke akhirnya.

Pertamanya, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya mula mengenali produk SHAKLEE ini. Saya merupakan seorang yang agak tidak konsisten menggunakan sesuatu produk atau apa-apa sekalipun. Mungkin saya dilahirkan sebagai anak bongsu dan agak manja jadi semua berkara dilakukan mengikut hati sendiri. Sehinggalah saya berkahwin pada November 2011. Meneruskan kehidupan seperti biasa, bekerja, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang  pekerja yang berdedikasi dan seorang anak dan  isteri yang bahagia. Sehinggalah disahkan mengandung pada akhir December 2011, bunting pelamin katakan. He.He.He. Di awal kehamilan, seperti ibu hamil yang lain, saya mengalami simptom-simptom kehamilan yang agak teruk. Kemudian disahkan mempunyai kencing manis yang agak tinggi sehingga dimasukkan ke wad pada usia kandungan berusia 8 bulan. Dan memulakan suntikan insulin sehingga tempoh kelahiran.

Genap usia kandungan 38 minggu saya harus mendaftar untuk kemasukan ke bilik bersalin PPUM dan perlu melahirkan zuriat ini . Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu, apatah lagi suami tidak boleh menemani. Selepas bertarung selama 13 jam dibilik bersalin, ketika umat islam sedang sibuk membuat persiapan bersahur, maka lahirlah seorang anak adam iaitu zuriat pertama kami pada jam 4.15pagi. Tidak dapat dilupakan saat dan detik itu saya bertarung nyawa untuk anak ini kerana mempunyai komplikasi ketika melahirkan. Harapan ketika itu saya rasakan hanya ada 30% bayi saya akan hidup. Tiada tangisan dari bayi dan saya ketika itu. Hanya mampu berdoa walaupun badan amat lemah. Hanya mengingati ALLAH S.W.T dan memohon diberi kekuatan dan juga keajaiban daripadaNYA. Selang 10 minit kemudian barulah terdengar tangisan bayi saya menangis. Tiada ungkapan yang paling bermakna hanya dengan rasa syukur pada ALLAH SWT walaupun saya belum berkesempatan untuk  menatap anak  saya lagi.

Kata misi yang menjaga, saya akan dipindahkan ke wad biasa. Ketika katil saya sedia untuk ditolak ke  wad biasa, ketika itu saya terpandang  suami di kaunter wad bersalin dengan muka yang amat suram dan tiada sebarang ucapan terungkap. Ketika itu perasaan saya menjadi gelisah memikirkan bayi kami. 2 jam kemudian saya diberitahu oleh suami bahawa bayi kami mengalami masalah pernafasan dan bahu kanan retak serta telah dimasukkan ke Paediatric Intensif Care Unit (PICU), PPUM.  Zuriat kami diberi nama ADAM HARITH SHAFIY , semoga zuriat kami ini mempunyai sifat seindah namanya yang menjadi ikutan, tauladan , kuat berusaha dan penyembuh yang suci.

Selama 6 hari Adam Harith Shafiy berada di PICU dan selama itu juga saya hanya dapat melihat dan berdoa. Tidak dapat dibayangkan apabila melihat bayi sendiri dipenuhi dengan wayar dan peralatan khas. Perasaan rindu untuk memeluk zuriat sendiri semakin menebal tapi apakan daya. Adam perlu dirawat sehingga benar-benar disahkan sihat dan selamat. Kata-kata semangat dari keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan pihak hospital amat bermakna dan memberi perangsang. Ketika tempoh itu juga, saya dibenarkan tinggal di hospital dan seterusnya bermalam di hotel berdekatan supaya lebih dekat dengan Adam. Masuk hari ke tujuh perkembangan Adam semakin baik dan Doktor meminta saya bersedia untuk menyusukan Adam sekiranya dia dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa. Tetapi, mungkin disebabkan tekanan dan saya juga tidak berpantang dengan betul, saya tidak dapat menghasilkan susu dengan banyak. Setiap kali sesi pengepaman saya menangis. Semangat  dan tunjuk ajar dari misi dan sokongan suami  membuatkan saya lebih yakin dan akhirnya saya dapat mengumpul susu untuk Adam walaupun tidak banyak.

Alhamdulillah, Adam telah dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa. Dan ketika itu jugalah baru saya dapat memeluknya. Perasaan menyusukan Adam sendiri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagaimanapun, Adam belum dibenarkan keluar kerana masalah kuning yang tinggi dan disahkan mempunyai G6PD - (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Sedikit info mengenai G6PD. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. Pada kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi. Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.

Setelah merayu pada doktor untuk pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan Adam kelihatan semakin sihat kami dibenarkan pulang dengan syarat setiap hari kami perlu membawa Adam untuk pemeriksaan darah sehinggalah dia bebas dari bacaan Jaundis yang tinggi. Pada usia Adam 49 hari dia bebas dari Jaundis dan tidak perlu membuat pemeriksaan harian. Dan pada ketika itu jugalah saya berazam untuk memberi segala yang terbaik dan berkhasiat untuk Adam. Pada usia 6 bulan,Adam juga pernah dimasukkan ke hospital kerana mempunyai Ekzema yang kronik dan memerlukan penjagaan yang rapi , keadaan persekitaran yang  sentiasa bersih dan sangat sensitif kepada persekitaran.

Bermula dari situlah saya mula mencari produk yang selamat dan  terbaik untuk diri saya dan sekaligus membantu tumbesaran Adam kerana saya menyusukan dia sendiri “Fully Breasfeed’. Ketika itulah saya ternampak banyak blog yang mensyorkan produk SHAKLEE dan saya mula mencubanya dengan set menyusu. Saya juga berharap vitamin yang diambil dapat membantu masalah ekzema Adam. Alhamdulillah, susu saya semakin banyak dan saya juga membuat power pumping ketika di tempat kerja. Sokongan pihak majikan dan rakan-rakan ditempat kerja juga membuat saya semakin bersemangat. Rutin harian bermula dengan berjaga malam, bekerja, menjadi ibu, tanggungjawab seorang isteri saya sedikit pun tidak merasa penat. Dengan Izin Allah, saya menjadi cergas dan pengambilan Vitamin Shaklee. Bantuan daripada suami juga amat saya hargai.

Kekangan kerja dan sokongan daripada kawan-kawan untuk saya sendiri menjadi pengedar SHAKLEE membuatkan hati saya terdetik untuk  mencuba. Niat itu saya sampaikan kepada suami dan suami menyokongnya. Suami saya juga memperkenalkan saya kepada isteri kawan sekerjanya yang juga pengedar sah SHAKLEE yang Berjaya. Pada Julai 2013 saya telah menjadi pengedar berdaftar SHAKLEE.

Apabila melihat melihat Adam dan masa yang saya ada untuknya membuatkan hati terdetik untuk berhenti kerja. Tetapi apabila memikirkan banyak yang perlu dibayar saya padamkan niat. Walaubagaimanapun, satu hari saya tekad menyuarakan hasrat ingin berhenti kerja kepada suami. Pada awalnya suami menolak, tetapi melihat kesungguhan dan keyakinan saya suami akhirnya membenarkan. Selama 8 tahun saya berkhidmat di syarikat yang menjadi punca rezeki, akhirnya saya lepaskan demi keluarga tersayang.

Pada awal Ogos bermulalah episod baru dalam hidup saya. Alhamdulillah! Impian saya untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa sekaligus menjadi pengedar sah SHAKLEE dirumah dan atas talian mohon dipermudahkan ALLAH SWT. Walaupun saya agak pemalu dan masih belajar untuk berniaga tetapi saya berharap dengan pengalaman yang saya tempuhi ini dapat membantu dan memberi semangat kepada mereka yang lain. Niat saya adalah kerana ALLAH dan ingin membantu. Kerana 9 daripada 10 punca rezeki adalah dengan berniaga. Insyaallah.

Kini saya bangga dan yakin menjadi Work At Home Mom (WAHM) dan membina empayar di rumah sendiri SOHO (Small Office Home Office). Saya berdoa semoga setiap urusan dan rezeki saya ada disini dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Ameen.

Kepada pembaca semua yang sudi membaca penulisan saya hingga ke akhirnya. Terima kasih banyak-banyak dan teruskan menyokong kerjaya saya ini.

Dan sekiranya anda berminat dengan peluang menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Insyaallah saya sedia membantu dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar.

“.. dan kehidupan adalah rentapan antara ketentuan dan kemahuan…”












Sekian. Terima Kasih.




♥ Wonderful  ZaraZada♥



WANNA' JOIN US?



ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI KAMI?


Daftarkan keanggotaan anda dengan SHAKLEE bersama Wonderful ZaraZada dengan:

  1. Membayar pendaftaran dengan hanya RM75 seumur hidup 
  2. Memberi maklumat penuh untuk pendaftaran 
    • Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat email, nombor telefon & nombor akaun Maybank
    • Nama dan nombor kad pengenalan pasangan 
  3. Atau membuat pembelian sebanyak RM700 untuk Semenanjung Malaysia dan RM850 untuk Sabah/Sarawak anda akan mendapat keahlian secara percuma 

Selain itu kelebihan lain yang akan dinikmati antaranya adalah: 
  • Member Kit Shaklee (mengandungi manual perniagaan, panduan dan etika dalam memasarkan produk Shaklee) 
  • Diskaun, Points dan Komisen (membeli produk Shaklee dengan harga diskaun. Menikmati komisen dari jumlah point yang terkumpul) 
  • Kelas Anjuran Shaklee (peluang menyertai kelas produk dan motivasi jualan di cawangan-cawang Shaklee) 

Inilah masanya bagi menukarkan kehidupan biasa anda, kepada sesuatu yang luar biasa. Paling utama, kehendak dan keyakinan anda untuk melakukannya.

Pelbagai ganjaran menarik bakal menanti anda dan peluang menjana pendapatan sampingan bersama-sama saya!

Apa tunggu lagi! Hubungi saya untuk mendaftar.


HP : (6) 011 3996 8370
Email / FB : sarina.mohdsidek@gmail.com

“.. dan kehidupan adalah rentapan antara ketentuan dan kemahuan…”

Thanks for all your love and support. :-)

♥WonderfuZaraZada♥




Monday, 14 October 2013

Selamat Berkenalan!

Assalamualaikum w.t.h & Salam Sejahtera

Perkenalkan nama saya SARINA BINTI MOHD SIDEK.  Ibu kepada seorang putera yang comel ADAM HARITH SHAFIY. Isteri kepada suami tercinta dan yang sentiasa menyokong saya AHMAD HAZMI YAZMIN.  Saya juga  merupakan seorang pengedar berdaftar produk SHAKLEE dengan ID No. 969008. Menetap di KOTA KEMUNING dan menjadi pengedar produk ini di  kawasan KOTA KEMUNING, JALAN KEBUN, BUKIT RIMAU, ALAM IMPIAN, SHAH ALAM, KLANG, SUBANG, KOTA DAMANSARA, KUANTAN & di SELURUH MALAYSIA.

Kini kerjaya saya adalah sebagai Work At Home Mom (WAHM) dan membina empayar di rumah sendiri SOHO (Small Office Home Office). Saya berdoa semoga setiap urusan dan rezeki saya ada di sini dan di permudahkan oleh ALLAH SWT. Ameen.

Sudilah kiranya anda meluangkan masa melayari blog saya dan menyokong kerjaya saya ini. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saya.
HP                   : (6) 011 3996 8370
Email / FB        : sarina.mohdsidek@gmail.com

“.. dan kehidupan adalah rentapan antara ketentuan dan kemahuan…”







Thanks for all your love and support. :-)

Regards,
SarinaMohdSidek

♥ Wonderful  ZaraZada♥

Kenali SHAKLEE

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE?

“Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.”
Berikut adalah info mengenai Shaklee Malaysia yang membuatkan saya yakin dengan produk ini. Anda juga boleh melayari Website Shaklee Malaysia untuk maklumat lanjut di www.shaklee.com.my

Jom kita luangkan masa membaca maklumat dan mengenali Shaklee Malaysia.
Selamat Membaca!  



KENALI SHAKLEE

Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.
Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

Keistimewaan Shaklee


Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
PRODUK
Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang
,
Jalan SS16/1
,
47500 Subang Jaya
,
Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : 
customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam