Hola! MY ID

Hola! MY ID

Thursday 17 October 2013

My Story

Assalamualaikum w.t.h & Salam Sejahtera

Perkenalkan nama saya SARINA BINTI MOHD SIDEK.  Ibu kepada seorang putera yang comel ADAM HARITH SHAFIY. Isteri kepada suami tercinta dan yang sentiasa menyokong saya AHMAD HAZMI YAZMIN.  Saya juga  merupakan seorang pengedar berdaftar produk SHAKLEE dengan ID No. 969008. Menetap di KOTA KEMUNING dan menjadi pengedar produk ini di  kawasan KOTA KEMUNING, JALAN KEBUN, BUKIT RIMAU, ALAM IMPIAN, SHAH ALAM, KLANG, SUBANG, KOTA DAMANSARA, KUANTAN & di SELURUH MALAYSIA.

Sudilah kiranya anda meluangkan masa membaca penulisan mengenai pengenalan saya hingga ke akhirnya.

Pertamanya, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya mula mengenali produk SHAKLEE ini. Saya merupakan seorang yang agak tidak konsisten menggunakan sesuatu produk atau apa-apa sekalipun. Mungkin saya dilahirkan sebagai anak bongsu dan agak manja jadi semua berkara dilakukan mengikut hati sendiri. Sehinggalah saya berkahwin pada November 2011. Meneruskan kehidupan seperti biasa, bekerja, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang  pekerja yang berdedikasi dan seorang anak dan  isteri yang bahagia. Sehinggalah disahkan mengandung pada akhir December 2011, bunting pelamin katakan. He.He.He. Di awal kehamilan, seperti ibu hamil yang lain, saya mengalami simptom-simptom kehamilan yang agak teruk. Kemudian disahkan mempunyai kencing manis yang agak tinggi sehingga dimasukkan ke wad pada usia kandungan berusia 8 bulan. Dan memulakan suntikan insulin sehingga tempoh kelahiran.

Genap usia kandungan 38 minggu saya harus mendaftar untuk kemasukan ke bilik bersalin PPUM dan perlu melahirkan zuriat ini . Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu, apatah lagi suami tidak boleh menemani. Selepas bertarung selama 13 jam dibilik bersalin, ketika umat islam sedang sibuk membuat persiapan bersahur, maka lahirlah seorang anak adam iaitu zuriat pertama kami pada jam 4.15pagi. Tidak dapat dilupakan saat dan detik itu saya bertarung nyawa untuk anak ini kerana mempunyai komplikasi ketika melahirkan. Harapan ketika itu saya rasakan hanya ada 30% bayi saya akan hidup. Tiada tangisan dari bayi dan saya ketika itu. Hanya mampu berdoa walaupun badan amat lemah. Hanya mengingati ALLAH S.W.T dan memohon diberi kekuatan dan juga keajaiban daripadaNYA. Selang 10 minit kemudian barulah terdengar tangisan bayi saya menangis. Tiada ungkapan yang paling bermakna hanya dengan rasa syukur pada ALLAH SWT walaupun saya belum berkesempatan untuk  menatap anak  saya lagi.

Kata misi yang menjaga, saya akan dipindahkan ke wad biasa. Ketika katil saya sedia untuk ditolak ke  wad biasa, ketika itu saya terpandang  suami di kaunter wad bersalin dengan muka yang amat suram dan tiada sebarang ucapan terungkap. Ketika itu perasaan saya menjadi gelisah memikirkan bayi kami. 2 jam kemudian saya diberitahu oleh suami bahawa bayi kami mengalami masalah pernafasan dan bahu kanan retak serta telah dimasukkan ke Paediatric Intensif Care Unit (PICU), PPUM.  Zuriat kami diberi nama ADAM HARITH SHAFIY , semoga zuriat kami ini mempunyai sifat seindah namanya yang menjadi ikutan, tauladan , kuat berusaha dan penyembuh yang suci.

Selama 6 hari Adam Harith Shafiy berada di PICU dan selama itu juga saya hanya dapat melihat dan berdoa. Tidak dapat dibayangkan apabila melihat bayi sendiri dipenuhi dengan wayar dan peralatan khas. Perasaan rindu untuk memeluk zuriat sendiri semakin menebal tapi apakan daya. Adam perlu dirawat sehingga benar-benar disahkan sihat dan selamat. Kata-kata semangat dari keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan pihak hospital amat bermakna dan memberi perangsang. Ketika tempoh itu juga, saya dibenarkan tinggal di hospital dan seterusnya bermalam di hotel berdekatan supaya lebih dekat dengan Adam. Masuk hari ke tujuh perkembangan Adam semakin baik dan Doktor meminta saya bersedia untuk menyusukan Adam sekiranya dia dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa. Tetapi, mungkin disebabkan tekanan dan saya juga tidak berpantang dengan betul, saya tidak dapat menghasilkan susu dengan banyak. Setiap kali sesi pengepaman saya menangis. Semangat  dan tunjuk ajar dari misi dan sokongan suami  membuatkan saya lebih yakin dan akhirnya saya dapat mengumpul susu untuk Adam walaupun tidak banyak.

Alhamdulillah, Adam telah dipindahkan ke wad kanak-kanak biasa. Dan ketika itu jugalah baru saya dapat memeluknya. Perasaan menyusukan Adam sendiri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bagaimanapun, Adam belum dibenarkan keluar kerana masalah kuning yang tinggi dan disahkan mempunyai G6PD - (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Sedikit info mengenai G6PD. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. Pada kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi. Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.

Setelah merayu pada doktor untuk pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan Adam kelihatan semakin sihat kami dibenarkan pulang dengan syarat setiap hari kami perlu membawa Adam untuk pemeriksaan darah sehinggalah dia bebas dari bacaan Jaundis yang tinggi. Pada usia Adam 49 hari dia bebas dari Jaundis dan tidak perlu membuat pemeriksaan harian. Dan pada ketika itu jugalah saya berazam untuk memberi segala yang terbaik dan berkhasiat untuk Adam. Pada usia 6 bulan,Adam juga pernah dimasukkan ke hospital kerana mempunyai Ekzema yang kronik dan memerlukan penjagaan yang rapi , keadaan persekitaran yang  sentiasa bersih dan sangat sensitif kepada persekitaran.

Bermula dari situlah saya mula mencari produk yang selamat dan  terbaik untuk diri saya dan sekaligus membantu tumbesaran Adam kerana saya menyusukan dia sendiri “Fully Breasfeed’. Ketika itulah saya ternampak banyak blog yang mensyorkan produk SHAKLEE dan saya mula mencubanya dengan set menyusu. Saya juga berharap vitamin yang diambil dapat membantu masalah ekzema Adam. Alhamdulillah, susu saya semakin banyak dan saya juga membuat power pumping ketika di tempat kerja. Sokongan pihak majikan dan rakan-rakan ditempat kerja juga membuat saya semakin bersemangat. Rutin harian bermula dengan berjaga malam, bekerja, menjadi ibu, tanggungjawab seorang isteri saya sedikit pun tidak merasa penat. Dengan Izin Allah, saya menjadi cergas dan pengambilan Vitamin Shaklee. Bantuan daripada suami juga amat saya hargai.

Kekangan kerja dan sokongan daripada kawan-kawan untuk saya sendiri menjadi pengedar SHAKLEE membuatkan hati saya terdetik untuk  mencuba. Niat itu saya sampaikan kepada suami dan suami menyokongnya. Suami saya juga memperkenalkan saya kepada isteri kawan sekerjanya yang juga pengedar sah SHAKLEE yang Berjaya. Pada Julai 2013 saya telah menjadi pengedar berdaftar SHAKLEE.

Apabila melihat melihat Adam dan masa yang saya ada untuknya membuatkan hati terdetik untuk berhenti kerja. Tetapi apabila memikirkan banyak yang perlu dibayar saya padamkan niat. Walaubagaimanapun, satu hari saya tekad menyuarakan hasrat ingin berhenti kerja kepada suami. Pada awalnya suami menolak, tetapi melihat kesungguhan dan keyakinan saya suami akhirnya membenarkan. Selama 8 tahun saya berkhidmat di syarikat yang menjadi punca rezeki, akhirnya saya lepaskan demi keluarga tersayang.

Pada awal Ogos bermulalah episod baru dalam hidup saya. Alhamdulillah! Impian saya untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa sekaligus menjadi pengedar sah SHAKLEE dirumah dan atas talian mohon dipermudahkan ALLAH SWT. Walaupun saya agak pemalu dan masih belajar untuk berniaga tetapi saya berharap dengan pengalaman yang saya tempuhi ini dapat membantu dan memberi semangat kepada mereka yang lain. Niat saya adalah kerana ALLAH dan ingin membantu. Kerana 9 daripada 10 punca rezeki adalah dengan berniaga. Insyaallah.

Kini saya bangga dan yakin menjadi Work At Home Mom (WAHM) dan membina empayar di rumah sendiri SOHO (Small Office Home Office). Saya berdoa semoga setiap urusan dan rezeki saya ada disini dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Ameen.

Kepada pembaca semua yang sudi membaca penulisan saya hingga ke akhirnya. Terima kasih banyak-banyak dan teruskan menyokong kerjaya saya ini.

Dan sekiranya anda berminat dengan peluang menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda! Insyaallah saya sedia membantu dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar.

“.. dan kehidupan adalah rentapan antara ketentuan dan kemahuan…”












Sekian. Terima Kasih.




Wonderful  ZaraZada



No comments:

Post a Comment