TERMA
DAN SYARAT  JUALAN
- Anda perlu
     memastikan dan mengesahkan yang produk dan kuantiti
     dipesan, kaedah pembayaran, cara
     penghantaran dan alamat penghantaran yang dipilih oleh anda
     adalah betul mengikut pengesahan pesanan.
 - Anda bersetuju
     untuk membayar caj pengendalian RM10 (Semenanjung Malaysia) atau
     RM20 (Sabah & Sarawak) .
 - Selepas anda
     mengesahkan pesanan, anda bersetuju bahawa pesanan online
     tidak boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain.
 - Anda telah
     bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:
 - Jika
      anda mengemukakan pesanan anda sebelum 3 petang
      (pada hari bekerja), pesanan anda
      akan dihantar kepada anda dalam 2-3 hari bekerja dari
      hari penyerahan pesanan (Hari Terima Pesanan + 3 hari
      bekerja).
 - Jika
      anda mengemukakan pesanan anda sebelum 3 petang (pada hari
      tidak bekerja), pesanan anda akan dihantar kepada
      anda dalam 2-3 hari bekerja dari
      hari penyerahan pesanan (Hari bekerja Esoknya +
      3 hari bekerja).
 - Jika
      anda mengemukakan pesanan anda selepas 3
      petang, pesanan anda akan dihantar kepada
      anda dalam 2-3 hari bekerja dari hari kerja berikut
      (Hari bekerja Esoknya + 3 hari bekerja).
 - Apabila
     anda menerima pesanan  dari perkhidmatan
     kurier, pastikan anda memeriksa dan memastikan produk dan kuantiti
     yang dihantar adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi pihak
     Wonderful ZaraZada dalam masa 48 jam sekiranya terdapat sebarang
     percanggahan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas itu tidak akan
     dilayan.
 - Pesanan
     yang dihantar menerusi online tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan
     produk yang dihantar kepada anda tidak menepati pesanan yang dipinta,
     mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh
     dimakan/digunapakai. 
 
Sekian. Terima Kasih














